9 Jul 2013
|
KUALA LUMPUR - Penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman
bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Mohd. Eddie Ghazali
pada 15 Julai ini.
Menurut Raja Azmi, 54, acara pertunangan tersebut bakal berlangsung
di kediamannya di Ampang, Selangor kira-kira pukul 6 petang dan diikuti
solat Maghrib berjemaah serta majlis berbuka puasa.
Penerbit filem ...Dalam Botol itu berkata, dia mengambil
keputusan untuk bertunang dengan Eddie, 45, setelah didesak oleh
anak-anak yang mahu melihat hubungan dia dengan kekasihnya itu menjadi
lebih serius.
"Pada usia saya sekarang ini, sudah tentu tidak sesuai untuk
bertunang tetapi menerusi perbincangan bersama anak-anak, mereka
mendesak saya supaya ada ikatan yang lebih kuat antara saya dan Eddie.
"Tujuan mereka mendesak saya bertunang kerana mahu melihat sejauh
mana Eddie serius dengan saya. Apabila saya menyatakan perkara ini
kepada Eddie, akhirnya dia bersetuju untuk masuk meminang," ujarnya
ketika dihubungi Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment