11 Jul 2013
|
KUCHING – Tindakan seorang lelaki yang menyimbah cuka getah ke badan
isterinya hingga menyebabkan wanita itu kritikal selepas melecur teruk
dalam kejadian di Kampung Pejiru di sini kelmarin mungkin didorong oleh
perasaan marah yang sudah lama dipendam.
Anak sulung pasangan itu, Edy Jiriem, 27, mendakwa, ia kerana
kelakukan ibunya, Christina Nyoeh, 43, yang mengadakan hubungan sulit
dengan seorang lelaki Afrika sejak 2007 bukan rahsia lagi buat mereka
sekeluarga.
Menurut Edy, walaupun kecewa dengan perbuatan ibunya, namun kini dia
merasa sedih selepas melihat wanita itu yang sedang bertarung nyawa di
Hospital Umum Sarawak (HUS) angkara perbuatan suami sendiri.
“Saya sedih setiap kali memandang wajah ibu yang melecur teruk itu
dan saya harap ia dapat dipulihkan segera walaupun ia sesuatu yang
mustahil.
“Saya pasrah dengan kejadian itu dan mula belajar hakikat yang ibu
tidak akan boleh menjalani kehidupan seperti orang lain selepas ini,”
katanya ketika ditemui di HUS.
No comments:
Post a Comment