myMetro 30 Julai 2013
Bentong: Akibat terlelap hanya beberapa saat, seorang wanita terbunuh
selepas Toyota Corolla dipandu suaminya bertembung dengan sebuah pacuan
empat roda di Kilometer 4.6, Jalan Bentong-Karak, dekat sini, tengah
malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam, mangsa, Sariza Abu Samah,
46, dari Taman Bentong Makmur, dekat sini, disahkan meninggal dunia di
tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.
Manakala, suami mangsa, Saperi Din, 48, bersama tiga anak, Mohd Danish Iman, 14, Nur Dania Huda, 10, dan Nur Deeba Husna, empat tahun masing-masing mengalami kecederaan ringan dikejarkan ke Hospital Bentong (HB) bagi mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor
berkata, polis tidak menolak kemungkinan suami mangsa dipercayai
terlelap ketika memandu sebelum kenderaan itu masuk ke laluan
bertentangan dan bertembung sebuah pacuan empat roda.
No comments:
Post a Comment