myMetro 29 Julai 2013
Oleh Abdul Rahman Adam
Miri: Berang mengesyaki isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki
lain, seorang suami menikam wanita itu dua kali menggunakan pisau sayur
sebelum meminum racun rumpai dengan harapan mereka mati bersama dalam
kejadian di sebuah rumah di Jalan Gazania Riam di sini, semalam.
Bagaimanapun, nyawa wanita berusia lewat 30-an itu masih panjang,
berlari dengan berlumuran darah sambil menahan kesakitan bagi
mendapatkan bantuan jiran dalam kejadian jam 12.30 tengah malam.
Difahamkan, suami wanita itu yang berusia 40-an, baru dibebaskan
dari Penjara Lambir di sini, bulan lalu, selepas menjalani hukuman
kerana kesalahan merompak.
Dia dikatakan dapat mengesan hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain baru-baru ini.
Dia dikatakan dapat mengesan hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain baru-baru ini.
POLIS membuat pemeriksaan di lokasi kejadian.Menurut sumber, ketika kejadian wanita terbabit bermalam di rumah adiknya apabila didatangi suaminya dan tercetus pertengkaran berkaitan hubungannya dengan lelaki lain manakala wanita itu pula bertegas mahu bercerai.
No comments:
Post a Comment