BAU – Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang pesara tentera
terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Awang
Hitam sejak 2007 sampai ke kemuncaknya apabila lelaki itu bertindak
nekad menyimbah cuka getah pada wanita tersebut.
Kejadian di Kampung Pejiru di sini pada pukul 12.30 tengah malam itu
mengakibatkan Christina Nyoeh, 43, cedera parah akibat melecur teruk di
muka, tangan dan badan. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai promoter
jualan di sebuah pasar raya baru pulang makan angin di Sabah bersama
lelaki Afrika tersebut.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol
berkata, kejadian itu disyaki berlaku selepas suspek nekad hendak
membunuh isterinya setelah tidak dapat menahan sabar.
“Sebelum kejadian, suspek menonton televisyen bersama lima anaknya manakala isterinya pula sedang nyenyak tidur di dalam bilik.
“Sebaik anak-anak pasangan itu masuk tidur, suspek terus ke dapur
untuk mengambil sebotol cuka getah lalu menyimbahnya ke seluruh badan
mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
No comments:
Post a Comment