Facebook Dr Mahathir.Artikel
yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digugurkan
daripada laman sosial Facebook atas dakwaan menyalahi standard komuniti.
Artikel bertajuk "The Chinese Dilemma" itu digugurkan selepas pentadbir
laman Facebook Dr Mahathir memuat naik artikel berkenaan yang juga
boleh didapati dalam akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST).
"Kelmarin pentadbir (admin) meletakkan satu rencana yang ditulis oleh
mantan Perdana Menteri kita ini bertajuk The Chinese Dillema. Artikel
itu dibuang kerana melanggar community standard, kononnya. Ini bermakna
ramai tersentuh dan menentang serta komplen apa yang ditulis oleh YAB
Tun kepada Facebook," kata admin Facebook milik Dr Mahathir yang hanya
dikenali sebagai "KN".
KN juga turut menyeru orang ramai membaca artikel berkenaan yang boleh
didapati di laman web NST dan menilai sama ada artikel berkenaan
benar-benar menyentuh standard komuniti atau sebaliknya.
"Anda baca sendiri di New Straits Times web edition dan tentukan
sendiri sama ada ia melanggar community standard Facebook atau lebih
menyerlah apa yang dipanggil "unpleasant truth," kata admin Facebook
berkenaan.
Dipercayai artikel Dr Mahathir itu digugurkan setelah menerima banyak aduan menyalahi standard komuniti.
Malah, ia berkemungkinan dipercayai menimbulkan ucapan berunsur
kebencian, yang mana menurut laman sosial berkenaan "menyerang individu
berdasarkan kaum, etnik, asal usul, agama, seks, jantina, orientasi
seksual, kurang upaya, atau penyakit."
Dr Mahathir dalam ruangan artikel beliau itu menulis komuniti China
memperolehi hasilnya melalui perkongsian kuasa dalam kerajaan Barisan
Nasional (BN).
Beliau berkata, taraf kehidupan mereka juga lebih baik berbanding zaman
sebelum Kemerdekaan yang ketika itu Malaysia ditadbir oleh British.
Masyarakat Cina membentuk 30 peratus daripada 28 juta populasi di negara ini.
Serangan dan kritikan terhadap sesetengah bangsa mula terbit apabila
keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan BN kehilangan sokongan pengundi
Cina.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia kemudiannya memaparkan tajuk muka hadapan
"Apa Lagi Cina Mahu" yang mencetuskan kontroversi dan kritikan banyak
pihak. - 1 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment