myMetro 12 Ogos 2013
Kuala Lumpur: “Daging jari kaki kanan saya
dihiris setiap hari manakala tangan kanan dan belakang badan ditoreh
dengan pisau apabila keluarga enggan memberikan wang kepada mereka,”
kata pemuda hanya mahu dikenali sebagai Am, 23, yang menjadi mangsa
culik kenalannya sendiri menceritakan pengalaman ngeri dialaminya ketika
umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri.
Am mendakwa diculik kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu oleh sekumpulan
lima penjenayah berusia 22 dan 31 tahun yang mahukan wang tebusan
RM3,000 sebelum dikurung dalam beberapa rumah sekitar ibu negara
termasuk di Jalan Pahang, di sini, dan diseksa sepanjang dijadikan
tawanan.
Penderitaan tiga hari Am berakhir apabila dia dapat diselamatkan
sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Setapak, di sini,
diketuai Asisten Superintendan Shan Gopal kira-kira jam 9 malam
kelmarin.
Malah, kelima-lima suspek turut diberkas ketika urusan pertukaran antara mangsa dan wang tebusan dilakukan di sebuah restoran di Setapak selepas pihak berkuasa menerima laporan kejadian itu, Jumaat lalu.
Malah, kelima-lima suspek turut diberkas ketika urusan pertukaran antara mangsa dan wang tebusan dilakukan di sebuah restoran di Setapak selepas pihak berkuasa menerima laporan kejadian itu, Jumaat lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, Am berkata, dia mengenali tiga daripada lima suspek melalui kenalannya sejak beberapa bulan lalu.
No comments:
Post a Comment