myMetro 6 Ogos 2013
Sumber polis berkata, Arbaiyah Md Zin, 32, menyerahkan anaknya, Wan
Aisyah Wan Exzam jam 3.20 petang 30 Mei lalu di sebuah kedai emas di
sebuah kompleks beli-belah di Rawang, dekat sini, bersama beberapa
dokumen termasuk surat beranak dan kad pengenalannya.
Menurutnya, Arbaiyah berbuat demikian selepas teman lelakinya
memberitahu mahu membuat pasport kanak-kanak itu, selain
memperkenalkannya kepada kakak teman lelakinya itu yang tinggal di
Damansara.
“Mangsa berbuat demikian selepas yakin dikahwini suspek dalam masa terdekat. Malah, mangsa turut menyerahkan wang tunai RM25,000 kepada suspek kononnya untuk menjalankan perniagaan emas,” katanya.
“Mangsa berbuat demikian selepas yakin dikahwini suspek dalam masa terdekat. Malah, mangsa turut menyerahkan wang tunai RM25,000 kepada suspek kononnya untuk menjalankan perniagaan emas,” katanya.
ANGGOTA polis menjaga Wan Aisyah selepas diserahkan seorang wanita pagi semalam.
Sumber itu berkata, ketika bertemu suspek pada Jumaat lalu untuk menyerahkan wang di sebuah kedai emas sama iaitu lokasi dia menyerahkan anak perempuannya itu kepada lelaki terbabit, mangsa bertanya teman lelakinya di mana anaknya.
No comments:
Post a Comment