Wednesday, August 21, 2013

Cinta Sampai Mati: 'Tolong Selamatkan Isteriku Lebih Dulu'

Rabu, 21 Ogos 2013 
 
 (c) dailymail.co.uk
Pasangan sejati itu, hingga maut menjemput masih boleh menunjukkan kekuatan cinta mereka. Inilah kejadian yang terakam dalam minit-minit penyelamatan pasangan pengantin baru dalam sebuah kemalangan maut beberapa waktu lalu.

Jamie Soukup Reid dan suaminya Will, ketika itu sedang naik kenderaan menuju lapangan terbang. Pasangan ini sedang berbahagia kerana Jamie sedang mengandung seorang bayi.

(c) dailymail.co.uk 
(c) dailymail.co.uk
Namun kenderaan tersebut tiba-tiba tak dapat dikawal. Pemandunya, Rodney Koon, tidak boleh menguasai kenderaan yang dipandunya. Akibatnya, kereta itu melanggar pokok dengan kuat dan menimbulkan benturan yang sangat hebat. Membuat kereta ringsek dan pasangan Reid ini mengalami cedera parah.

(c) dailymail.co.uk 
(c) dailymail.co.uk
Dalam keadaan yang sangat darurat dan luka parah, ketika bantuan paramedis datang, Will masih sempat meminta orang-orang menyelamatkan isterinya terlebih dulu. Sayangnya, Jamie dinyatakan meninggal ditempat kejadian.

Sementara itu, Will segera dikejarkan ke rumah sakit kerana cedera yang sangat parah. Hingga akhirnya Will menghembuskan nafas terakhirnya, menyusul isteri dan calon bayinya yang telah mendahuluinya.

(c) dailymail.co.uk 
(c) dailymail.co.uk
Dalam minit-minit terakhir kehidupannya, Will masih sempat meminta orang-orang mendahulukan isteri dan calon anaknya. Dilansir dari Dailymail, keluarga Jamie memang mengakui bahawa Will adalah sosok lelaki yang sangat baik. Begitu baiknya sampai dia sudah dianggap sebagai anak sendiri sebelum menikah dengan Jamie.

Jamie dan Will adalah guru muda yang berkahwin 3 bulan yang lalu. Keduanya sedang menanti anak pertama mereka, namun sayang hal itu belum sempat terjadi. Ayah Jamie mengaku bahawa dia sangat kehilangan ketiganya, "Kami kehilangan dua anak dan satu cucu," ujarnya.

Sepertinya Jamie dan Will memang ditakdirkan untuk sehidup semati. Hingga akhir hayat pun mereka masih bersama. Meski meninggal dengan tragis, semoga ketiganya meninggal dengan tenang.
Sumber:Vemale.com

No comments:

Post a Comment