Bas
yang terjunam ke dalam gaung di Km 3.5 Jalan Genting Highlands, hilang
kawalan sejauh 100 meter sebelum melanggar tebing dan jatuh ke dalam
gaung itu, kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.
Katanya siasatan awal juga mendapati sebanyak 48 tiket dijual namun bilangan penumpang yang menaiki bas bernombor pendaftaran WGA 4136 berkenaan lebih daripada itu.
Kejadian dilapor berlaku 2.45 petang ketika bas berkenaan menuruni puncak Genting Highlands berdekatan Chin Swee Temple, katanya ketika dihubungi Bernama.
Nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu mengorbankan 37 nyawa, manakala 16 lagi cedera.
- Bernama

No comments:
Post a Comment