Bekas
Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan
permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dengan
dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat
itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta.
Beliau yang mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu
di blognya Zamkata, berkata beliau tidak mampu membayar saman dan sara
hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan.
“AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan
tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan
penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke
generasi.
“Saya berterima kasih kepada Rocky's Bru yang menyatakan setiakawan
bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi
sebarang tindakan dari AirAsia,” katanya merujuk kepada penulis blog
yang juga bekas Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan.
Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel
yang bertajuk, “Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam
patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" di dalam blognya
memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.
Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara
AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel
tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan
implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan
AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali.
“Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang
menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai
tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam
penerbangan AirAsia dan AirAsia X.
“Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin
terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka,” jelasnya menerusi
blog Zamkata.
Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan
AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri
Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman
yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin.
Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat
penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik
Umno tersebut.
“Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan
seperti ini saya tidak dapat menerimanya,” jelas Zainuddin menerusi
blognya. – 28 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment