Tuesday, August 20, 2013

Gambar ketika lelaki Arab Saudi Berat 610 Kg Terpaksa Dibawa ke Rumah Sakit Atas Perentah Raja Saudi

20 Ogos 2013
 
skynews.com.au
Riyadh - Seorang lelaki di Arab Saudi terpaksa dibawa ke rumah sakit dengan forklif atau mesin pengangkat barang. Sebabnya, berat lelaki ini mencapai 610 kilogram sehingga tidak memungkinkan dibawa dengan kenderaan biasa.

Khaled Moshin Shairi harus menjalani  rawatan perubatan untuk mengurangi berat badannya. Seperti diberitakan kantor berita setempat, Saudi Press Agency (SPA) dan dilansir AFP, Selasa (20/8/2013),  rawatan perubatan ini dibiayai oleh Kerajaan Saudi.

Namun untuk membawa Shairi ke rumah sakit bukanlah hal yang mudah. Otoriti setempat menggunakan pesawat khusus dari kediamannya di Jizan menuju ke rumah sakit yang ada di ibukota Riyadh.

Sesampainya di Riyadh, Shairi diangkat keluar pesawat dengan menggunakan forklif. Bertindak menjalankan perintah Raja Abdullah, Menteri Kesihatan   Arab Saudi yang bertanggung jawab untuk membawa Shairi ke rumah sakit.

Tidak hanya mengurus transport , Menkes Saudi juga harus mencari katil khas  yang dibuat untuk mampu menampung tubuh Shairi. Kemudian juga mencari sebuah crane untuk mengeluarkan Shairi dari biliknya di tingkat dua apartmen di Jizan.

Menurut portal setempat, Sabq, katil khusus tersebut dibuat di Amerika Syarikat.

Namun pihak Kementerian Kesihatan Saudi tidak menjelaskan secara spesifik  rawatan perubatan seperti apa yang akan dijalani Shairi. Usia Shairi juga tidak disebutkan oleh otoritiSaudi.

  1. Saudi king orders help for obese manSaudi king orders help for obese man 

No comments:

Post a Comment