Pihak
pendakwaan mendapati hakim perbicaraan mengetahui wujudnya kepincangan
dalam keseluruhan bukti akan tetapi mengharapkan Mahkamah Rayuan untuk
menggunakan kuasa istimewa mereka untuk mengekalkan hukuman terhadap
bekas polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.
Sebaliknya, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan mendapati kedua-dua
tertuduh seharusnya dibebaskan diperingkat perbicaraan. Hakim-hakim itu
mengatakan pihak pendakwaan sedar hakim perbicaraan telah gagal untuk
menganalisis bukti semasa perbicaraan.
Pihak pendakwaan mahu Mahkamah Rayuan membetulkan kekeliruan untuk
mengekalkan hukuman akan tetapi pihak hakim tidak berjaya diyakinkan
untuk berbuat demikian.
Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, yang menulis pendakwaan mengatakan
pendakwaan menetapkan berlakunya pelbagai arahan daripada hakim
perbicaraan, Mohd Zaki Md Yassin, dan menggesa tiga panel hakim
menggunakan peruntukan dalan Akta Penghakiman Mahkamah 1964 untuk
memperbetulkan kesalahan.
Beliau berkata mahkamah rayuan boleh menegakkan sabitan walaupun perbicaraan hilang arah.
"Bagaimanapun, melihat kepada keseluruhan bukti dan kebarangkalian kes
ini, kami melihat ianya tidak sesuai dan kes yang sesuai untuk kami
mencampurinya," katanya.
Tengku Maimun berkata kebarangkalian bergantung kepada pendakwaan tidak
dilakukan sepenuhnya dan rantauan saksi yang tidak lengkap.
"Kami tidak boleh mengatakan tribunal diarahkan dengan sebaiknya,
berkemungkinan menghukum perayu (Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar)
berdasarkan bukti yang ada.
"Mahkamah mengetepikan fakta dan bukti perayu yang menyaksikan keguguran keadilan perayu," katanya.
Beliau berkata kesan langsung tanpa sebarang arahan menyaksikan pendakwaan perayu tidak selamat.
Tengku Maimun juga berkata kes pendakwaan bergantung kepada kebarangkalian bukti.
"Ia penghakiman kita kebarangkalian bukti tidak cukup dan tidak kukuh untuk mencari kesalahan," katanya.
Tunku Maimun berkata perayu sedar kes jenayah telah dilakukan namun
kebaikannya berikutan keraguan perlu diberikan kepada anggota polis.
Mahkamah Rayuan turut berkata Timbalan Supritendan Musa Safri, bekas
pembantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkemungkinan
bertentangan dengan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam
afidavitnya yang dijadikan bukti pendakwaa.
Dan kegagalan memanggilnya terhadap kes perbicaraan bunuh menyebabkan bukti terbatal.
Kenyataan ini adalah dipetik daripada hujah penghakiman 47 muka surat
yang ditulis oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. – 26 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment