12 Ogos 2013
Kuching: Ketika
sebahagian besar umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri, seorang
wanita menjadi mangsa belasahan suami yang cemburu buta dan berang
selepas dia keluar beraya bersama rakan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9
malam, wanita berusia 20-an itu dikatakan dipukul suaminya di rumah
mereka di Petra Jaya, di sini, sehingga cedera di kepala dan badan.
Sumber
berkata, kejadian berpunca daripada tindakan wanita itu keluar berhari
raya bersama beberapa rakan perempuannya dipercayai tanpa pengetahuan
suaminya yang berusia lingkungan 20-an.
Katanya, mangsa mendakwa
dipukul menggunakan topi keledar di kepala oleh suaminya, selain
ditampar di muka dan ditendang di pinggang sebaik tiba di rumah.
“Walaupun
mangsa menjelaskan dia keluar dengan rakan perempuannya, suaminya tidak
menghiraukan penjelasan itu dan terus memukulnya tanpa belas kasihan.
“Mangsa
juga mendakwa suaminya mencederakan tangan sendiri dengan sebilah pisau
dan memberitahu keluarga bahawa dia dicederakan isterinya dengan
parang,” katanya.
Katanya, mangsa turut
mendakwa kejadian seumpama itu bukan yang pertama kerana pernah berlaku
beberapa kali sebelum ini hanya disebabkan perkara kecil dan remeh.
“Mangsa
yang tidak tahan sikap panas baran dan cemburu buta suaminya membuat
laporan di Balai Polis Gita untuk tindakan lanjut,” katanya.
Jurucakap polis menerima
laporan mangsa dan berkata, siasatan dijalankan termasuk mendapatkan
keterangan daripada suami wanita terbabit.
sumber : myMetro
No comments:
Post a Comment