3 ogos 2013
Changchun (China):
Cubaan seorang lelaki membunuh diri digagalkan isterinya sendiri apabila
wanita terbabit sempat menyambar seluar dalamnya sebelum terlewat.
Menurut saksi Wang Li
terkapai-kapai tergantung selama 20 minit sebelum polis dan anggota
bomba tiba untuk menyelamatkannya. Ling cuba membunuh diri dengan
melompat dari tingkap bilik tidurnya di tingkap atas bangunan enam
tingkat di Changchun ibu negeri wilayah Jilin, utara China.
Keadaan
menjadi sukar kerana pintu bilik tidur pasangan terbabit berkunci dari
dalam dan menghalang anggota penyelamat bertindak lebih pantas.
Seorang saksi berkata
mereka terdengar jeritan seorang lelaki dan terkejut apabila mendongak
dan mendapati seorang lelaki tergantung dengan seluar dalamnya dipegang
seorang wanita.
“Wanita
terbabit kemudian merangkul kaki suaminya untuk mendapatkan cengkaman
lebih kuat,” katanya. Beberapa orang cuba membantu dengan pergi ke rumah
pasangan terbabit tetapi terhalang kerana pintunya berkunci.
Mereka
juga gagal memecahkan pintu rumah itu. Detik dramatik itu berakhir
selepas Wang, 45, ditarik ke dalam bangunan oleh pasukan penyelamat.

WANG dapat diselamatkan apabila isterinya sempat memaut seluar dalam lelaki terbabit.
No comments:
Post a Comment