
Malaysiakini 27 Ogos 2013
Menteri
Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta NGO yang mempertikaikan
kenyataannya berhubung pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
dalam isu laporan kontroversi Utusan Malaysia bertajuk 'Apa lagi Cina
mahu' meneliti semula ulasannya.
Ditanya
sekiranya kenyataan tersebut bermaksud bahawa Najib mempertikai laporan
berkenaan, Khairy berkata beliau tidak pernah menyatakan sedemikian.
"Saya tidak pernah kata PM mempertikaikan headline Utusan Malaysia. Jadi tak timbul balik kenyataan, (bahawa) PM mempertikaikan.
"Mereka bebas melihat dan menonton video saya sewaktu sesi soal jawab pada hari Ahad, keadaan dan kenyataan yang sebenar.
"Selagi mereka tidak merujuk kepada kenyataan sebenar, tak payahlah saya jawab," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas gesaaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dalam laporan Utusan Malaysia hari ini.
Yang dipertua JMM Azwandin Hamzah dalam dalam laporan tersebut berkata, kenyataan Khairy pada Ahad lalu seolah-olah menunjukkan Umno satu parti yang lemah.
Malaysiakini pada hari Ahad lalu melaporkan, Khairy berkata bahawa Najib tidak memperakui laporan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' yang mencetus kontroversi sejurus selepas pilihan raya umum 5 Mei.
Bagaimanapun, laporan berhubung peralihan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat itu berbeza dengan kenyataan Najib ketika mengulas keputusan pilihan raya tersebut, kata Khairy.
Khairy berkata demikian dalam sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur pada hari itu.
"(Najib) hanya membuat pemerhatian dan tidak menyalahkan mana-mana komuniti. Tajuk utama akhbar itu dan pendirian perdana menteri adalah berbeza," katanya.
Ditanya
sekiranya kenyataan tersebut bermaksud bahawa Najib mempertikai laporan
berkenaan, Khairy berkata beliau tidak pernah menyatakan sedemikian."Saya tidak pernah kata PM mempertikaikan headline Utusan Malaysia. Jadi tak timbul balik kenyataan, (bahawa) PM mempertikaikan.
"Mereka bebas melihat dan menonton video saya sewaktu sesi soal jawab pada hari Ahad, keadaan dan kenyataan yang sebenar.
"Selagi mereka tidak merujuk kepada kenyataan sebenar, tak payahlah saya jawab," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas gesaaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dalam laporan Utusan Malaysia hari ini.Yang dipertua JMM Azwandin Hamzah dalam dalam laporan tersebut berkata, kenyataan Khairy pada Ahad lalu seolah-olah menunjukkan Umno satu parti yang lemah.
Malaysiakini pada hari Ahad lalu melaporkan, Khairy berkata bahawa Najib tidak memperakui laporan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' yang mencetus kontroversi sejurus selepas pilihan raya umum 5 Mei.
Bagaimanapun, laporan berhubung peralihan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat itu berbeza dengan kenyataan Najib ketika mengulas keputusan pilihan raya tersebut, kata Khairy.
Khairy berkata demikian dalam sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur pada hari itu.
"(Najib) hanya membuat pemerhatian dan tidak menyalahkan mana-mana komuniti. Tajuk utama akhbar itu dan pendirian perdana menteri adalah berbeza," katanya.
No comments:
Post a Comment