AFP/GETTY IMAGES/ Yahoo
A boy lies on his hospital bed bandages covering his eyes in
Taiyuan, Shanxi province, China on Tuesday. The 6-year-old boy was
drugged and had his eyes gauged out, reports said, in a gruesome attack
that may have been carried out by an organ trafficker.
CHINA - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Binbin, dari kota Linfen, Provinsi Shanxi, China,
hilang ketika bermain di depan kediamannya.
Beberapa jam kemudian
Binbin ditemui sedang menangis kesakitan dengan wajahnya berlumuran darah. Rupanya Binbin kehilangan kedua bola matanya. Polis percaya kejadian brutal ini di dalangi komplot
penyelundup organ tubuh manusia ..
"Wajahnya anak ini penuh darah. Kelopak matanya terbalik dan bola matanya hilang," kata ayah Binbin kepada stesyen televisyen Shanxi.
Stesyen
televisyen pemerintah CCTV melaporkan, Binbin dibius dan kehilangan
kesedaran sebelum penyerang mencungkil kedua bola matanya. CCTV melaporkan,
bola mata Binbin ditemui kemudiannya, tetapi kornea matanya telah hilang.
Polis Fenxi menawarkan wang hadiah sebanyak 10,500 poundsterling bagi siapa saja yang memberikan maklumat yang dapat memandu polis ke arah pelaku
perbuatan kejam ini. Polis percaya pelaku jenayah keji ini adalah seorang
perempuan.
Kira-kira 300,000 orang di China memerlukan
transplantasi setiap tahunnya. Namun, hanya sekitar 10,000 orang saja
yang boleh mendapatkan transplantasi akibat sedikitnya penderma. Keadaan ini
membuat penyeludupan organ tubuh manusia marak terjadi di China.
Organ tubuh anak-anak dihargai jauh lebih mahal di
pasar gelap. Sebab, "konsumen" berfikir semakin muda usia organ itu maka
kualitinya akan semakin bagus. Tahun lalu, polis memenjarakan tujuh
orang remaja yang menjual ginjal mereka untuk membeli iPhone dan iPad.
Catatan idahsalam 28 Ogos 2013
Catatan idahsalam 28 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment