IPOH – “Pukul 2 petang sebelum saya ke Pulau Pinang pada hari
kejadian kebakaran, anak-anak saya dah pakai baju raya,” kata pengasas
produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr. Hasmiza Othman.
Mengenang saat-saat akhir bersama dua anak lelakinya yang maut dalam
kebakaran dua hari lepas, Hasmiza berkata, mereka memakai baju
berkenaan ketika kebakaran itu.
Dalam kejadian melibatkan rumah penginapan pekerja produk kecantikan
Vida Beauty di Meru Hills, Bandar Meru Raya di sini pada 9 malam, Sabtu
lepas, tiga maut termasuk dua anak Hasmiza iaitu Muhammad Eddie Zuhdi
Mohd. Amin, 11, dan adiknya, Muhammad Edrie Zikrie, 10, serta pekerja
syarikat itu Muhammad Norsyamil Zaidi, 26.
No comments:
Post a Comment