Chong dahulunya budak nakal. Kini merupakan bos DAP Sarawak. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013.Chong
Chieng Jen dikenali baru-baru ini sebagai orang yang mendakwa kejadian
tembakan berlaku baru-baru ini sebagai satu drama Barisan Nasional (BN)
untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi menggantikan Ordinan
Darurat (EO).
Chong, 42, merupakan Pengerusi DAP Sarawak yang mengambil alih jawatan
itu daripada penyandangnya Wong Ho Leng atas sebab kesihatan. Beliau
turut lantang mendedahkan dakwaan rasuah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri
Taib Mahmud.
"Saya tiada cita-cita semasa kecil dahulu. Saya seperti ahli politik 'bidan terjun' yang tidak diberi pilihan," katanya.
"Saya berusia 28 tahun semasa Lim berjumpa ayah. Lim ketinggalan
pesawat ke Sibu jadi saya dan ayah bertemunya di sebuah hotel di
Kuching.
"Mereka berbual sehingga jam 3 pagi dan pada akhir perbualan saya berasa minat dalam arena politik tanpa dipaksa.
"Saya tidak pernah berbicara tentang politik sebelum itu. Saya juga
tidak terlibat dengan persatuan pelajar ketika itu dan tidak menyertai
unit beruniform. Malah politik merupakan bahagian terakhir yang saya
baca di surat khabar.
Bapa kepada tiga orang ini mendapati politik bukanlah sesuatu yang
buruk tetapi bidang yang memberi peluang berjumpa masyarakat dan
membetulkan perkara yang tidak kena dalam masyarakat.
"Saya bukanlah pelajar pintar di sekolah malah pernah terlibat dalam pergaduhan.
Beliau menuntut di Sekolah Menengah St Patrick dan ke Kolej Victoria di
Singapura sebelum melanjutkan ke peringkat ijazah di Unversiti
Kebangsaan Australia di Canberra.
Beliau mendapat dua ijazah iaitu dalam bidang undang-undang dan perdagangan.
"Saya gemar melepak bersama rakan-rakan di hostel malah sewaktu zaman
universiti di Singapura beliau gemar berjaga malam dan menghabiskan masa
di kelab malam.
"Saya tahu pendidikan adalah penting dan saya akan pastikan saya
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Saya pernah
berhasrat unruk menjadi seorang peguam kerana ayah juga berada dalam
bidang itu sambil brrhasrat menyambung perniagaan keluarga."
Beliau dilahirkan di Kuching dan berpindah ke Sibu hingga berumur 9
tahun sebelum kembali ke Kuching kembali. Bapa Chong, Siew Chiang, 74,
masih merupakan seorang peguam dan ahli jawatankuasa negeri DAP. Ibunya,
Sim Yaw Sik, 70, membantu ayahnya di firma guaman.
Beliau mempunyai seorang kakak yang bekerja sebagai akauntan di Kuching
dan seorang adik perempuan yang telah berkahwin dan menetap di
Melbourne.
"Saya berjumpa dengan isteri Grace Tan sewaktu dia bekerja di pejabat
ayah saya. Dia juga seorang peguam. Jadi saya memang tak pergi jauh,"
katanya sambil tertawa mengenang peristiwa 15 tahun lalu.
Beliau gemar bersukan terutamanya bola keranjang dan badminton bersama tiga orang anaknya.
Apabila ditanya petua kekal gembira di samping bergelut dalam arena
politik, beliau menjawab, "kita perlu sentiasa gembira dalam arena
politik. – 25 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment