|
|
KOTA KINABALU – Seorang anggota polis dijatuhi hukuman penjara tujuh
tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas kesalahan menyembunyikan
maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah pada Februari lalu.
Hakim P. Ravinthran menjatuhkan hukuman itu ke atas Koperal Hassan
Ali Basari selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui
keraguan munasabah.
Dalam prosiding semalam, mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang
berusia 61 tahun menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditahan iaitu
pada 3 Mac lalu.
Mengikut pertuduhan, Hassan yang bertugas di Cawangan Khas Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan berasal dari Semporna, Sabah
didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Ketua Cawangan Khas IPD
berkenaan antara Januari hingga 3 Mac 2013.
No comments:
Post a Comment