25 Ogos 2013
Feng yang tinggal di gua (Foto: Daily Mail)
BEIJING - Seorang lelaki China menghabiskan
waktu selama 20 tahun tinggal di dalam sebuah gua di gunung dengan
ketinggian 50 meter di atas permukaaan tanah yang dilengkapi dengan pintu
di bahagian depannya.
Feng Mingshan, telah terbiasa memanjat tebing vertikal setinggi 50 meter untuk mencapai pintu masuk rumahnya yang unik itu. Feng pindah dari Gaoba Town, di sebelah barat laut Provinsi Shaanxi, China, pada 1993 silam kerana dia tidak ingin berada di sekitar orang lain.
Ketika ini lelaki berusia 54 tahun ini tinggal menyendiri dengan menjauh dari hingar bingar dunia luar bahkan dia tidak memakai pakaian sehelai pun. Saudara dari Mingshan, Feng Xueming mengatakan bahawa saudaranya itu memang memiliki keperibadian yang aneh.
“Saudaraku memiliki keperibadian yang aneh. Dia tidak ingin berkomunikasi dengan orang lain," ujar Xueming, seperti dilansir Daily Mail, Sabtu (24/8/2013).
Selama 20 tahun terakhir Mingshan telah membuat gua di tebing gunung dengan memahat beberapa batu untuk membantu dia memanjat bebatuan terjal.
Warga di desa-desa terdekat mengatakan dia biasanya meninggalkan gua pada malam hari tetapi masih boleh melakukan pendakian yang curam dengan mudah.
Penduduk setempat terkesan dengan kehidupan yang dijalani Mingshan kerana dia sangat terampil dalam mendaki dan mencari makan. Tapi, pemerintah China ingin menempatkan lelaki separuh baya itu ke sebuah rumah orang-orang tua.
Datuk Bandar Xu Min mengatakan bahawa mereka terus memantau Feng dan akan mencuba memujuknya untuk tinggal di rumah yang lebih baik. (faj)

Okezone
No comments:
Post a Comment