Saman
fitnah yang difailkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Rafizi
Ramli (gambar) dibatalkan pagi ini selepas Rafizi mengaku di mahkamah
bahawa menteri dalam negeri itu tidak menyalahgunakan kuasanya dan tiada
peranan dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk transaksi bagi
memperoleh saham dan tanah Astacanggih Sdn Bhd.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menjelaskan bahawa ia bukan satu
permintaan maaf, tetapi hanya penarikan semula kenyataan yang silap
dalam artikel membabitkan Ahmad Zahid yang pada ketika itu menjawat
jawatan menteri pertahanan.
“Oleh kerana menteri sudah menjelaskan perkara itu, saya menerima
penjelasannya dan maka menyatakan bahawa beliau tidak menyalahgunakan
kuasanya dan tidak memainkan peranan dalam keputusan Boustead Holdings
untuk masuk dalam transaksi itu,” katanya. - 21 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment