myMetro 3 Ogos 2013
Bangi: “Ada jemaah terdengar suara arwah
seakan-akan sebak dan dia menarik nafas panjang ketika hendak sujud
sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.”
Demikian kata Pengerusi dan juga imam Surau Al-Mujahidin, Bandar
Baru Bangi, Mohamad Sukor Atan, 52, ketika menceritakan kematian siak
surau itu, Ruslan Ishak, 61, dalam keadaan bersujud ketika menunaikan
solat sunat selepas fardu Zuhur, kelmarin.
Gambar kematian Allahyarham dengan pengakhiran yang disifatkan
sangat mulia itu mula tersebar melalui laman sosial facebook, petang
hari yang sama dan menarik perhatian ramai.
Mohamad Sukor berkata, Allahyarham Ruslan amat disenangi kariah surau dan penduduk setempat kerana sikapnya yang mudah mesra selain gaya penampilan yang sentiasa kemas.
Mohamad Sukor berkata, Allahyarham Ruslan amat disenangi kariah surau dan penduduk setempat kerana sikapnya yang mudah mesra selain gaya penampilan yang sentiasa kemas.
JEMAAH surau membaringkan jenazah Ruslan sementara menunggu kakitangan Hospital Serdang tiba.“Secara zahirnya arwah pergi menghadap Allah SWT dalam keadaan yang cukup sempurna iaitu berpuasa pada bulan Ramadan dan paling bermakna dalam keadaan bersujud ketika solat di surau
No comments:
Post a Comment