OLEH DIYANA IBRAHIM
August 21, 2013
PKR menyokong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa penuh pendakwaan dalam usaha mencegah rasuah dinegara ini terutama dikalangan pemimpin negara kata Nurul Izzah Anwar (gambar).
August 21, 2013
PKR menyokong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa penuh pendakwaan dalam usaha mencegah rasuah dinegara ini terutama dikalangan pemimpin negara kata Nurul Izzah Anwar (gambar).
Menurut naib presiden PKR itu, cadangan tersebut dinyatakan
memandangkan butiran siasatan kes rasuah yang dijalankan SPRM sebelum
ini sangat kabur dan tidak diketahui umum.
"Sebelum ini kita tidak tahu berapa kes yang sedang disiasat, berapa
kes yang dibawa ke mahkamah, namun dengan adanya kuasa penuh pendakwaan
SPRM ini kita yakin pihak mereka dapat menjalankan tugas lebih efektif
dalam mencegah rasuah," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada
wartawan selepas pertemuan tertutup pemimpin PKR dan SPRM di Bangunan
SPRM, Kuala Lumpur.
"Kita bersedia bekerjasama dengan SPRM, kita menyambut baik usaha SPRM
pada masa sama kita memantau dan tidak takut mendedahkan penyelewangan
kepada SPRM, kerana skop rasuah SPRM dinegara ini berbeza dengan negara
luar.
"Ada beberapa isu yang turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut
yang tidak dapat di beritahu sekarang namun kita akan berusaha untuk
memperjuangkan isu ini," kata beliau.
Menurut Nurul Izzah, SPRM memberikan reaksi positif dan mahu politik
wang dihentikan di pihak Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat
(PR).
"Kita anjurkan tindakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam,
Suruhanjaya Pilihan Raya dan memandangkan pemilihan parti akan
berlansung tidak lagi berharap pihak SPRM dapat mengekang politik wang,"
katanya. - 21 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment