Persatuan
Ulama Malaysia (PUM) meminta agar pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
menimbangkan semula cadangan untuk merobohkan surau kontroversi di
negeri itu yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat.Setiausaha
PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, alasan untuk merobohkan surau
tersebut tidak memadai kerana arah saf jemaah di surau tersebut boleh
dialih dan disusun semula mengikut arah kiblat yang betul.
Katanya, MAIJ tidak sepatutnya bertindak melulu sehingga "marahkan nyamuk, kelambu dibakar."
"Banyak masjid yang dibina kiblatnya tak beberapa tepat, tapi ini bukan alasan kuat untuk merobohkannya. Walau kiblat berubah, kita boleh alihkan saf dan susunan solat ke arah kiblat yang betul.
"Kami setuju dibetulkan arah kiblat tersebut tapi kami mohon MAIJ timbangkan semula cadangan robohkan, dah sebolehnya tidak robohkan (surau tersebut)," katanya kertika dihubungi Malaysiakini.
Selain itu, beliau juga berkata, tindakan untuk merobohkan surau tersebut juga dilihat merugikan masyarakat awam serta pekerja beragama Islam yang bekerja di resort tersebut.
"Jangan melihat dan cari jalan penyelesaian yang bersifat jangka pendek. (Janganlah jika) marahkan nyamuk, bakar kelambu.\
"Kita minta MAIJ timbang semula cadangan robohkan surau kerana kalau roboh, merugikan umat Islam, termasuk pekerja resort yang Muslim," katanya.
Katanya, kejadian yang berlaku itu juga memberi satu hikmah kerana memberi pengajaran agar umat Islam menggunakan surau untuk beribadat.
"Pengajaran yang ada pada umat Islam ialah supaya umat Islam ke surau dan masjid. Jangan yang tidak ke surau atau masjid yang jadi juara isu ini, berdemonstrasi sana sini.
"Perlu ada program bentuk tarbiyah dan mendidik pekerja dan orang awam supaya sentiasa mendekati masjid dan surau," katanya lagi.
Surau yang terletak dalam kawasan sebuah resort di Kota Tinggi itu meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan oleh sekumpulan penganut Buddha pada Sabtu.
Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment