- Lim Guan Eng
SHAH
ALAM – Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini enggan mengulas
cabaran Lim Guan Eng untuk bertemu dan berhujah mengenai alasan badan
itu menolak Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, enggan mengulas apa-apa isu berhubung arahan pihaknya yang mencadangkan agar pilihan raya baru bagi CEC parti itu selepas raya ini.
"Saya harap semua pihak supaya menghormati Hari Raya Aidilfitri buat sementara waktu tanpa menjejaskan keharmonian umat Islam dengan isu berkenaan.
"Sudah-sudahlah tu, hari raya kita hendak bersenang-lenang sikit, nanti-nantilah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mencabar pengurusan tertinggi ROS menjelaskan alasan ketidakpuashatian agensi itu menolak CEC DAP yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu.
Dalam kenyataan itu, Guan Eng turut menyarankan supaya Abdul Rahman bertemu dengannya untuk menceritakan kenapa beliau lebih percaya pada 'pembohongan tidak berasas' daripada fakta yang disahkan firma perakaunan.
"ROS sudah berulang kali bertindak tidak profesional, tidak beretika dan malah bertentangan dengan undang-undang dengan membuat kenyataan media tanpa fakta dan asas perundangan," dakwa Guan Eng.

No comments:
Post a Comment