myMetro 17 Ogos 2013
Petra Jaya: “Saya panik apabila anak lelaki
bongsu berusia 11 bulan tiba-tiba terjaga dan terus merangkak ke arah
perompak menyebabkan saya cuba menenangkan perompak itu supaya tidak
panik dan mencederakan bayi saya.
“Saya menuruti arahan mereka (perompak) dengan menyerahkan barang
kemas termasuk cincin kahwin kami selain wang tunai asalkan kami tidak
diapa-apakan,” kata Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya.
Beliau berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dilalui
bersama ahli keluarga selepas kediaman di Petra Jaya Heights, Jalan
Sultan Tengah, di sini dimasuki dua lelaki tidak bertopeng bersenjatakan
pedang samurai dalam kejadian jam 4.15 pagi, semalam.
Katanya, ketika kejadian, niatnya untuk mempertahankan diri dan keluarga terpaksa diketepikan selepas melihat gelagat anak bongsunya itu meluru ke arah seorang daripada perompak terbabit sebaik terjaga dari tidur.

SHANTI menunjukkan kecederaan dialami.
“Saya terlalu takut apabila melihat seorang perompak hampir mencederakan anak bongsu kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
No comments:
Post a Comment