30 Ogos 2013
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
Dengkil: “Saya tidak dapat menahan sebak
sebaik melihat kedua-dua matanya terbeliak selain lehernya cedera parah
seperti kesan sembelihan,” kata V Gomathy, 20-an, kakak angkat kepada
seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali Yamuni yang maut dibunuh
dalam kejadian, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang di sebuah rumah teres setingkat di
Taman Dengkil Jaya itu, kanak-kanak perempuan itu adalah antara tiga
sekeluarga yang maut dengan kesan tikaman dan kelar membabitkan seorang
wanita warga emas dikenali sebagai Muniamah, 64, dan seorang cucu
lelakinya dikenali sebagai Kugan, 21.
Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan
kesan tikaman dan kelar senjata tajam masing-masing di leher, perut,
dahi dan beberapa bahagian badan lain di ruang tamu serta bilik di rumah
berkenaan.
Gomathy berkata, dia menemui mayat ketiga-tiga ahli keluarganya itu sebaik tiba di rumah jam 2 petang selepas selesai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di Putrajaya.
Gomathy berkata, dia menemui mayat ketiga-tiga ahli keluarganya itu sebaik tiba di rumah jam 2 petang selepas selesai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di Putrajaya.
AHLI keluarga mangsa sebak sebaik melihat mendiang.Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati adik lelakinya berusia tujuh tahun yang baru pulang dari sekolah berada di luar pekarangan rumah dan mendakwa tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu terkunci.
myMetro
No comments:
Post a Comment