Status
penduduk tetap (PR) pemilik resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang
membenarkan sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di
surau resort berkenaan, telah ditarik balik dan berkuatkuasa
serta-merta.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil selepas kementeriannya melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melakukan kajian mendalam terhadap status PR yang diberikan kepada pemilik resort yang berusia 45 tahun dan berasal dari Singapura itu.
"Apa yang telah diputuskan, KDN telah ambil keputusan untuk mencabut semula taraf penduduk tetap kepada orang yang berkenaan.
"Kerana taraf penduduk tetap yang diberi pada beliau hanya sebagai satu kemudahan dan bukan keistimewaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis rumah terbuka Rumah Pengasih di ibu negara hari ini

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment