Surau yang menjadi pertikaian didalam media sosial
sejak semalam mendapat perhatian Sultan Johor. Arahan terbaru dari
Istana mengatakan bahawa surau berkenaan tidak diiktiraf sebagai surau.
Segala papantanda mengenai Islam telah diarahkan dibuka, Titah dari DYMM
Sultan Johor bangunan tersebut diarahkan untuk dirobohkan.
on Monday, August 12, 2013
Sebelum itu penduduk disekitar Tg Sedili terkejut dengan upacara
sembahyang oleh individu berugama Budha. Pengerusi Jawatankuasa
Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64,
berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit
keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.
"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya.
Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.
"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.

No comments:
Post a Comment