Saturday, August 17, 2013

Suspek sembelih anak saudara kritikal

17 Ogos 2013

myMetro:Kajang: Seorang lelaki yang menyembelih anak saudaranya berusia 16 tahun hingga mati sebelum mengelar leher sendiri dalam kejadian di sebuah kuil Taman Sri Reko, di sini, kelmarin dilaporkan kritikal. 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, lelaki berusia 59 tahun itu mengalami kecederaan parah di leher selepas cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri. Menurutnya, mangsa, K Yogiswari meninggal dunia akibat dikelar lelaki berkenaan yang juga bapa saudaranya menarik mangsa keluar rumah yang terletak berhampiran. “Hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Serdang, kecederaan mangsa hanya dikelar pada leher dan tiada kecederaan lain. “Suspek masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan dilaporkan masih kritikal,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam. 

Sementara itu, seorang ibu saudara mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi kejadian memberitahu dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan ahli keluarga lain.
“Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana keluar bekerja. Mereka sudah tinggal bersama suspek sejak lebih tiga tahun lalu selepas kematian bapa mangsa.

“Mangsa dan adik lelakinya dijaga bapa saudaranya itu dan segala perbelanjaan persekolahan ditanggung lelaki terbabit. Kami ahli keluarga turut hairan dengan kejadian itu,” katanya.

Upacara pembakaran mayat mangsa akan dijalankan esok (hari ini) selepas semua upacara selesai dan keluarga masih bersedih dengan kejadian itu.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mati dikelar bapa saudaranya dalam kejadian di depan sebuah kuil di Taman Sri Reko, di sini.

Difahamkan, selepas bertindak menyembelih leher anak saudaranya itu, suspek yang juga bapa saudara mangsa kemudian mengelar lehernya sendiri dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi.

No comments:

Post a Comment