August 27th, 2013
Setiap
tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan negara tercinta yang jatuh pada
31hb Ogos . Tema bagi Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56 ialah ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ .
Tema kali ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.
Ianya bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.
Konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

Selain itu, Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.
Acara lain termasuk perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan
di Dataran Merdeka melibatkan persembahan pasukan keselamatan negara
yang terdiri daripada gabungan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM).
Pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara
oleh PDRM dan ATM juga akan mengisi acara pada sambutan hari kemerdekaan
nanti.
Tahun 2013 sangat istimewa kerana ia merupakan Sambutan
Jubli Emas Hari Malaysia dan sempena itu, negeri Sabah dan Sarawak akan
mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua
program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli
Emas Hari Malaysia Ke-50 di laman web www.malaysiamerdeka.gov.my.
Logo Hari Kemerdekaan

Pencipta
Noor Hishammudin bin Omar
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan
Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang
menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang
merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan
Sumber:Nuriz Ibrahim
No comments:
Post a Comment