Thursday, August 1, 2013

Tidak mahu berhenti menyanyi , pelancung AS mati ditikam

31 Julai 2013 
 
Ilustrasi
Bangkok - Seorang pelancung dari   Amerika Syarikat mati ditusuk ketika bercuti di Thailand. Gara-garanya, lelaki ini menolak untuk berhenti menyanyi di salah satu bar setempat.

Seperti dilansir AFP, Rabu (31/7/2013), insiden ini terjadi di sebuah bar bernama Longhorn Saloon yang ada di kawasan pelancungan pantai Ao Nang, Krabi, Thailand. Ketika itu magsa, Bobby Ray Carter (51) sedang mengunjungi bar tersebut bersama anaknya, Adam (27).

Kerana menolak berhenti menyanyi, Carter dan anaknya terlibat perkelahian dengan tiga anggota band yang biasa bermain di bar tersebut. Carter ditusuk dua kali di bahagian dada, sedangkan anaknya terkena tusukan di bahagian lengannya.

Polis  kemudian menangkap tiga ahli muzik Thailand tersebut di lokasi kejadian. Kepada polis , ketiganya mengakui telah menusuk dua pelancung  AS tersebut.

"Mangsa dan anaknya bertengkar dengan tiga ahli muzik kerana mangsa tidak mau berhenti menyanyi ketika para ahli muzik akan istirehat," jelas polis  wisata setempat, Letnan Kolonel Attapong Seanjaiwuth.

"Mangsa kemudian meminta agar wang tip yang dia berikan dikembalikan. Tapi terjadilah perkelahian di luar pub. Mangsa ditusuk dua kali dan akhirnya meninggal ketika  dalam perjalanan ke rumah sakit setempat," imbuhnya.

Dalam beberapa bulan terakhir, keselamatan warga atau pelancung asing di Thailand menjadi sorotan tersendiri. Otoriti setempat mendapatkan banyak keluhan dari para pelancung, mulai dari penipuan jasa jet ski, minuman beracun, perompakan, penyerangan dan bahkan pemerasan oleh polis  setempat.

Padahal setiap tahunnya tercatat sebanyak 22 juta pelancung asing mengunjungi Thailand. Melihat situasi ini, sejumlah diplomat asing meminta agar otoriti setempat melakukan tindakan tegas dengan segera.
 sumber: detikNews

1 comment:

  1. Asalamualaikum.
    mohon bantuan linkkan blog saya di sini. saya sudah linkkan blog anda di blog saya

    ReplyDelete