Strategi pemilihan Umno dengan menanamkan ketakutan di kalangan orang
Melayu berhubung kehilangan kuasa politik hanya mempengaruhi sebilangan
sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Bahkan, retorik puak kanan itu yang memainkan sentiman perkauman dan
agama selain kepercayaan Pakatan Rakyat (PR) harus diberi peluang
menerajui negara melihatkan penolakan 20 peratus undian daripada
pengundi Cina dan 5 peratus pengundi India terhadap Barisan Nasional
(BN) berbanding 2008.
Malah, apa yang membantu Umno mengekalkan penguasaannnya di kawasan
pedalaman adalah kerana memiliki jentera parti yang kuat selain
pergantungan orang kampung kepada bantuan kerajaan. Pemberian Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) turut memainkan peranan.
Fakta ini didedahkan oleh Merdeka Centre melalui pola pengundian pada
PRU13 lalu. Bagi mengenalpasti pola pengundian berdasarkan latar
belakang kaum, kajian dijalankan kepada 9,000 kawasan pengundian.
Kajian mengasingkan kawasan mengundi dengan 90 peratus jumlah komuniti
dan kemudian menggabungkannya mengikut negeri dan kawasan pedalaman atau
bandar.
Umno/BN mendapat 61.6 peratus undi Melayu, 1.5 peratus meningkat
berbanding 2008. Peningkatan terbesar pengundi Melayu adalah di negeri
Kedah iaitu 5.6 peratus diikuti Kuala Lumpur dengann 6.4 peratus.
Sokongan Melayu terhadap Umno/BN merosot di Perlis dengan 3.1 peratus dan Terengganu dengan 3.6 peratus.
Kajian juga mengesahkan kaedah pengasingan bandar-luar bandar
melihatkan peningkatan sokongan umno/BN di kawasan luar bandar namun
merosot di kawasan bandar. Pada tahun ini, terdapat 119 kawasan Melayu
dan 20 di antaranya terletak di kawasan bandar. BN memenangi 78 daripada
99 kawasan pedalaman dan lima di kawasan bandar. - 13 Ogos 2013.
No comments:
Post a Comment