28 Ogos 2013
(c) ShutterStock
Kisah sedih ini terjadi dihadapan dua orang pegawai polis. wanita ini ditusuk
berkali-kali hingga meninggal dunia tapi polis yang melihatnya hanya
diam saja.
Seorang wanita yang bekerja sebagai juru wang
supermarket ditusuk berulang kali hingga meninggal oleh seorang lelaki di
China. Walau ada dua orang polis di sana, mereka hanya melihat
insiden penusukan itu dan tidak berusaha untuk mencegah pelaku. Tragedi
memilukan ini terjadi pada tanggal 18 Ogos lalu. Lelaki ini adalah
kekasih dari wanita yang bernama Xiao Hu.
Rakaman CCTV
dari supermarket ini merakam kejadian buruk yang semoga saja tidak pernah
terjadi lagi. Juru wang wanita berusia 17 tahun ini ditarik, dicekik, dan
ditusuk dengan pisau tajam hingga bersimbah darah. Dua polis tadi hanya
diam, entah kerana takut atau tidak tahu harus berbuat apa.
Setelah
menusuk wanita ini hingga lebih dari 10 kali yang mengakibatkan wanita
ini meninggal dunia dengan cara yang menyedihkan, lelaki ini menusuk
dirinya sendiri hingga tumbang. Setelah lelaki ini terjatuh dan tubuhnya
juga berlumuran darah, barulah dua polis tadi bertindak dan menangkap lelaki jahat itu. Terlambat, nyawa Xiao Hu tidak dapat diselamatkan.
Keluarga
Xiao Hu terkejut dan sedih luar biasa mengetahui puteri mereka dibunuh oleh
kekasihnya yang bernama Shen X itu. Mereka marah kerana polis yang
melihat kejadian ini tidak menolong dan diam saja melihat keluarga
mereka ditusuk hingga tak bernyawa. Ms.Hu, salah seorang saksi yang ada ketika tragedi tersebut terjadi mengatakan bahawa dia lah yang
memanggil polis untuk datang. Ms.Hu curiga bahawa Shen X akan merompak
di supermarket.
Walau dua orang polis ini tidak melakukan
tindakan untuk menyelamatkan wanita ini, mereka dinyatakan tidak
bersalah dan tidak akan mendapat hukuman. Tapi bukankah seharusnya tugas
seorang polis adalah melindungi warga yang memerlukan pertolongan?
Vemale.com
No comments:
Post a Comment