23 Ogos 2013
“Saya menahan sabar dipukul dan dibuli sejak
30 tahun lalu. Kali ini, saya terpaksa melawan,” kata seorang wanita
warga emas, Wong Yit Kwa, 66, yang menetak dan menyiram suaminya dengan
minyak panas dalam kejadian tengah hari Selasa lalu.
Dalam kejadian itu, suami mangsa yang berusia 73 tahun cedera
ditetak selain 80 peratus tubuhnya melecur selepas pasangan itu bergaduh
di rumah mereka di Kampung Baru, di sini.
Wong yang ditemui wartawan semalam berkata, selama ini dia bersabar
dengan sikap suaminya yang suka memukulnya setiap kali mereka
bertengkar.
“Selama ini, saya tidak berani melawannya kerana dia garang dan kuat. Dia suka membuli saya kerana saya seorang wanita. Setiap kali dipukul, saya hanya mampu menjerit dan melarikan diri,” katanya.
“Selama ini, saya tidak berani melawannya kerana dia garang dan kuat. Dia suka membuli saya kerana saya seorang wanita. Setiap kali dipukul, saya hanya mampu menjerit dan melarikan diri,” katanya.
KEADAAN kepala mangsa yang cedera akibat ditetak dengan parang oleh suami.
Dia yang luka di kepala akibat ditetak dengan parang oleh suaminya, mendakwa tidak menyesal apabila menyerang balas suaminya yang terlebih dulu menyerangnya dengan parang.
No comments:
Post a Comment