Seramai 100 pelajar dari lima universiti di wilayah Utara akan membantu
kerajaan negeri Kedah dalam usaha mengekang fahaman Syiah daripada
tersebar luas di negeri ini.
Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin, berkata pelajar
terbabit menerusi laman sosial termasuk Facebook akan memberi kefahaman
dan menyebarkan maklumat mengenai kesesatan fahaman Syiah.
Beliau berkata, menerusi pendekatan tersebut, ia bukan sahaja dapat
mengawal aktiviti Syiah yang kian menular di universiti, malah maklumat
itu dapat disampaikan kepada golongan muda di luar kampus universiti.
Seminar dua hari anjuran Pusat Pengajian Islam Universiti Utara
Malaysia UUM) dan Jabatan Mufti yang bermula semalam itu disertai
pelajar dari UUM, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Politeknik Sultan
Abdul Halim Mu'adzam Shah POLIMAS), Institut Perguruan Darul Aman (IPDA)
dan Universiti Teknologi Mara UiTM) Arau, Perlis.
Syeikh Marwazi berkata, seminar serupa dengan penglibatan badan bukan
kerajaan (NGO) akan diadakan selepas sambutan Aidiladha bagi mengekang
fahaman Syiah di negeri ini.
"Mereka (NGO) penting sebab mereka adalah aktivis masyarakat dan paling
dekat kepada masyarakat," katanya. - Bernama, 14 September, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment