Datuk
Seri Mohd Ali Rustam (gambar) hari ini mendakwa kasino Genting Higlands
harus ditutup dengan segera kerana menyebabkan pelbagai masalah sosial
dan jenayah.
Katanya kerajaan tidak perlu bergantung kepada kasino tersebut
semata-mata kerana masih boleh mengenakan levi cukai ke atas resort
lain.
"Kita terima banyak aduan berhubung isu tersebut, malah sebenarnya
Genting Group tidak memberi sebarang sumbangan kepada ekonomi Melaka
walau dengan pendapatan tinggi dari kasinonya," katanya dipetik dari
laporan Nanyang Siang Pau.
Gesaan itu segera dibidas Setiausaha Agung Pemuda MCA Chai Kim Sen
berkata kenyataan Mohd Ali itu sebagai satu permainan politik
memandangkan bekas ketua Menteri Melaka itu baru saja mengumumkan akan
bertanding sebagai Naib Presiden Umno.
"Mendakwa wujudnya banyak masalah sosial dan jenayah merupakan satu
pembohongan , beliau cuba memperbodohkan orang ramai," kata Chai.
Berikutan itu beliau menyarankan Mohd Ali lebih berhati-hati dalan
mengeluarkan sebarang kenyataan agar ia tidak mencetuskan kontroversi.
"Ia terlalu mudah untuk menyalahkan semata-mata kasino pencetus masalah
sosial. Ini merupakan masalah yang membabitkan semua peringkat
masyarakat, dan kerana itu kita perlu berkerjasama untuk mencari punca
menangani masalah sosial, bukan dengan hanya menunding jari pada satu
pihak saja," katanya lagi.
Chai berkara sekiranya kerajaan bertindak menutup kasino ia tidak
bermakna masalah akan diselesaikan, memandangkan sekiranya jalan
penyelesaian begitu mudah maka semua kasino dalam dunia juga telah lama
ditutup.
Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) itu hari ini
menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno bagi
pemilihan parti akan datang.
Katanya, ia untuk memberi pilihan kepada ahli dan sejajar dengan transformasi demokrasi dalam parti. – 4 September, 2013.
No comments:
Post a Comment