18 Sep 2013
London: Seorang lelaki yang tidak memiliki
gigi didapati bersalah membaham zakar jirannya “seperti sandwic” selepas
kedua-dua mereka bertengkar mengenai muzik yang terlalu kuat.
Jason Martin, 41, yang cuma memiliki satu atau dua batang gigi
membongkok dan menggigit kemaluan Richard Henderson, 39, selepas
menerima mesej pesanan ringkas memintanya memperlahankan muzik yang
dipasang di rumah.
Gigitan Martin itu menyebabkan kemaluan Henderson terpaksa dijahit. Sementara itu, di mahkamah, Martin menafikan dakwaan dikenakan terhadapnya dan berkata, dia langsung tidak terfikir untuk memasukkan anggota kemaluan Henderson ke dalam mulutnya.
Bagaimanapun, Martin mengaku mencekak sebahagian anggota badan
Henderson untuk mempertahankan dirinya ketika dalam pergaduhan
berkenaan. Juri di mahkamah Canterbury kemudian memutuskan Martin
bersalah kerana sengaja mencederakan jirannya itu. Di samping itu,
Martin kini ditahan pihak berkuasa dan hakim dijangka akan memutuskan
hukuman terhadapnya bulan depan. - Agensi
No comments:
Post a Comment