14 Sep 2013
Johor Bahru: Tangisan tanpa henti seorang
bayi perempuan menyelamatkannya daripada ditimpa kejadian buruk selepas
ditinggalkan di atas kerusi rotan di depan kediaman sepasang suami
isteri warga Indonesia di Kampung Pemuda Jaya, Seelong, Senai di sini,
22 Jun lalu.
Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulaijaya
Jamalluddin Hassan berkata, bayi berkenaan ditemui pada jam 1.45 pagi
oleh pasangan itu.
“Ketika ditemui, bayi perempuan berkenaan yang cukup sifat hanya dibalut dengan sehelai kain.
“Penghuni rumah itu hanya menyedari kehadiran bayi berusia sebulan itu selepas terdengar tangisannya,” katanya, semalam.
Jamaluddin berkata, bayi berkenaan kini berusia empat bulan dan dinamakan Izara Sofea.
Menurutnya, siasatan mendapati tiada dokumen kelahiran ditinggalkan bersama bayi berkenaan.
“Bayi itu kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kulai sehingga 28 Jun
bagi pemeriksaan kesihatan sebelum ditempatkan di Rumah Perlindungan
Kanak-Kanak Sinar Juita.
“Sehingga kini, tiada pihak tampil untuk menuntut Izara Sofea. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan warisnya diminta menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Kulaijaya Mohd Iskandar Abu Bakar di talian 07-662299,” katanya.
No comments:
Post a Comment