Wednesday, September 4, 2013

Budak tadika ini dikubur hidup-hidup oleh bapanya kerana tak buat kerja sekolah

4 Sep 2013
Beijing, Benar-benar kejam! Seorang ayah sanggup  membunuh anak kandungnya sendiri hanya kerana tidak mengerjakan kerja sekolah. Anak laki-laki berusia 6 tahun tersebut mati dipukul dan dikubur hidup-hidup oleh sang ayah.


Insiden yang terjadi di Yunnan, China, ini dibuat oleh sang ayah kepada puteranya kerana anak tersebut berbohong tatkala ditanya apakah ada kerja sekolah dari gurunya di sekolah. Anak 6 tahun ini masih duduk di bangku Tadika.

Menyedari dirinya dibohongi oleh anaknya, lelaki berusia 28 tahun tersebut langsung naik angin dan memukul anaknya beberapa kali. Tidak hanya itu, lelaki tersebut bahkan memukul kepala anaknya dengan batu hingga jatuh pengsan.

Melihat anaknya pengsan, lelaki ini justru menolak untuk membawa anaknya ke rumah sakit. Lelaki ini juga memperingatkan 3 orang anaknya yang lain yang melihat kejadian tersebut, untuk tidak memberitahu siapa pun.

Lelaki ini kemudian mengubur anaknya yang pengsan tersebut di bukit belakang rumahnya. Demikian seperti dilansir oleh The Star.

Tiga hari setelah kejadian, lelaki kejam ini akhirnya ditangkap polis setelah dilaporkan oleh ayahnya (datuk korban) sendiri. Sayangnya, anak malang tersebut ditemukan dalam keadaan telah meninggal. Sedangkan tiga anaknya yang lain kini tinggal bersama    datuk mereka dan mereka akan mendapat kaunseling psikologis.

(nvc/nrl)

sumber :detik

No comments:

Post a Comment