OLEH MOHD FARHAN DARWIS September 22, 2013
Calon DAP dakwa risalah perkauman membanjiri kampung. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2013.Buku
kecil berunsur perkauman yang mengaitkan DAP dengan tragedi berdarah 13
Mei didakwa diedarkan di kawasan perkampungan di Labis, Johor ketika
Pilihan Raya 2013 lalu, Tribunal Rakyat diberitahu hari ini.
Calon DAP dakwa risalah perkauman membanjiri kampung. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2013.Buku
kecil berunsur perkauman yang mengaitkan DAP dengan tragedi berdarah 13
Mei didakwa diedarkan di kawasan perkampungan di Labis, Johor ketika
Pilihan Raya 2013 lalu, Tribunal Rakyat diberitahu hari ini.
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Labis, S. Ramakrishnan dalam keterangan
yang diberikan ketika tribunal berlangsung berkata buku berkenaan
diedarkan dengan perkataan perkauman yang menunjukkan seolah-olah DAP
sebuah parti perkauman.
"Ada buku kecil yang diedarkan ke kawasan kampung yang berniat jahat
mengaitkan 13 Mei dengan DAP," kata Ramakrishnan kepada panel Tribunal
Rakyat.
Salah seorang panel, Dr Mavis Puthucheary bagaimanapun berkata meskipun
wujud perkara demikian, persoalannya mereka tidak tahu siapa yang
bertanggungjawab.
"Kita tak tahu siapa yang buat. Memang ia melanggar peraturan pilihan raya, tapi siapa kita nak salahkan?" soalnya.
Parlimen Labis dimenangi oleh calon Barisan Nasional Datuk Chua Tee Yong apabila berjaya menewaskan Ramakrishnan.
Tribunal yang bermula 18 September lalu turut menampilkan pakar
undang-undang Perlembagaan dan Ketua Penasihat Perlembagaan Unit Khas
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Nepal,
Yash Pal Ghai sebagai pengerusi.
Selain itu, panel antarabangsa yang turut terbabit iaitu bekas Timbalan
Pengerusi Komite Pemilihan Umum Indonesia, Ramlan Surbakti, dan
Presiden Kaukus Antara Parlimen Asean Myanmar, Kraisak Choonhavan
Wakil Malaysia dalam Tribunal Bersih ialah bekas pegawai diplomatik dan
pentadbiran Kementerian Luar Malaysia, Datuk Azzat Kamaludin; bekas
pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis
Puthucheary; dan Rev Dr Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja
Malaysia. – 22 September, 2013.
The Malaysian Insider
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment