4 Sep 2013
myMetro.Sibu: Tidak tahan dengan tuduhan ibu mentua
mengatakan dia curang terhadap suami, seorang wanita hamil tiga bulan
nekad mencelup tangannya ke dalam air mendidih sebagaimana dicabar
mentuanya itu bagi membuktikan dia tidak bersalah.
Akibatnya, wanita berusia 21 tahun itu melecur teruk di tangan kanan
sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital. Kejadian berlaku di
rumahnya di Lanang, di sini, jam 7 malam Jumaat lalu.
Wanita itu yang enggan namanya didedahkan berkata, dia bertindak
sedemikian kerana terlalu kecewa dan geram dengan tuduhan ibu mentuanya
biarpun dia sudah berulang kali menafikan tuduhan itu.
“Saya terpaksa melakukannya bagi mengelak ibu mentua menganggap saya menduakan suami. Saya dituduh menjalin hubungan sulit dan dia langsung tidak mempercayai saya.
“Saya terpaksa melakukannya bagi mengelak ibu mentua menganggap saya menduakan suami. Saya dituduh menjalin hubungan sulit dan dia langsung tidak mempercayai saya.
MANGSA menunjukkan kecederaan dialami di tangan kanannya.“Sebaliknya, ibu mentua menyuruh saya mencelupkan tangan dalam air mendidih untuk membuktikan saya tidak bersalah,” katanya sambil mendakwa ibunya menuduh dia curang selepas terpengaruh fitnah disebarkan pihak lain.
No comments:
Post a Comment