DAP
hari ini menyelar Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh ekoran
kenyataannya yang mengatakan kerajaan tidak akan menghalang ibu bapa
yang ingin menghantar anak mereka ke luar negara jika tidak percaya
dengan sistem pendidikan negara.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (gambar) menegaskan, Putrajaya
perlulah bertanggungjawab merancang, melaksana, malah termasuk menjual
polisi mereka untuk diterima rakyat.
"Tiada pihak yang akan bersetuju dengan semua polisi kerajaan... namun
tiada menteri sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya sistem Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains dalan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak menerima persetujuan banyak pihak.
"Adakah Dr Mahathir mengarahkan mereka menghantar anak ke luar negara?" soal Kok
.
.
"Kerajaan perlu pandai menjual polisi mereka melalui debat dan pujukan," katanya lagi.
Tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk menghentikan rancangan
Putrajaya meneruskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (PPPM) kerana ianya telah dirasmikan.
"Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita
tak halang, tapi kita nak pastikan sistem kita bertambah baik,"
katanya.
Sebagai sebuah kerajaan, Putrajaya jelas Idris tidak akan
berdolak-dalih lagi meskipun pelan berkenaan menerima reaksi negatif
daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zong dan juga parti
politik dari Pakatan Rakyat.
"Beri ruang kementerian untuk laksana sebaik-baiknya dulu, nak tembak-tembaklah, tapi beri ruang dulu," katanya.
Ahli Parlimen Besut itu menegaskan, kerajaan telah merencana pelan
berkenaan dengan segala perincian, termasuk mengambil kira pandangan
55,000 pihak berkepentingan daripada dalam dan luar negara. – 11
September, 2013.
The Malaysian Insider
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment