DAP
hari ini mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan menggunakan
khidmat firma pakar runding dalam penyediaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025.
Firma pakar runding McKinsey & Co dikatakan menerima bayaran sebanyak RM20 juta bagi khidmat mereka.
"McKinsey sebenarnya hanya firma pakar runding dalam pengurusan am dan
sebenarnya bukan pakar dalam bidang pendidikan," kata Ahli Parlimen
Serdang Dr Ong Kian Ming pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, bayaran untuk firma berkenaan bercanggah dengan 11
"Anjakan" dalam PPPM iaitu "Memaksimumkan Keberhasilan Murid bagi Setiap
Ringgit."
"Duit itu sebenarnya boleh digunakan untuk membina empat sekolah baru
dengan kos RM5 juta sebuah, atau pun membina makmal sains baru,"
katanya.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang turut serta dalam
sidang media itu berkata, peranan firma itu juga tidak dinyatakan dalam
buku PPPM.
"Terdapat begitu ramai pegawai dalam Kementerian Pendidikan dan jabatan
kerajaan lain, dokumen PPPM sendiri menyenarai nama 20 individu
berkaliber.
"Mengapakah kerajaan tidak memilih untuk menggunakan kepakaran dan
tenaga kerja dalam Kementerian dan Pemandu untuk menyediakan pelan
berkenaan,"katanya.
Kedua-dua pemimpin muda DAP itu mendakwa pembayaran kepada firma
berkenaan dibuat melalui dua fasa iaitu RM4,705,400 bagi fasa pertama,
manakala RM15,860,000 dibayar bagi fasa kedua. - 24 September, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment