21 Sep 2013
London: Seorang lelaki mengerat buah
zakarnya sendiri dan kemudian menceroboh masuk ke dalam gereja sejurus
sebelum satu pasangan dijadual berkahwin.
Paderi Bob Wallace dan gadis bunga sedang membuat persediaan untuk
majlis perkahwinan di gereja Hutton All Saints di Essex apabila lelaki
terbabit menceroboh masuk kira-kira jam 12.25 tengah hari.
Mereka menyedari lelaki terbabit cedera di bahagian kemaluannya dan dapat menghalang tetamu majlis perkahwinan itu memasuki gereja berkenaan ketika menunggu ketibaan polis dalam insiden pada 14 September lalu itu. Paderi Wallace memberitahu Huffington Post UK: “Seorang yang cedera meluru masuk ke dalam gereja. Tetamu mula tiba untuk majlis perkahwinan itu tetapi kami diberitahu mereka tidak dibenarkan masuk.” Seorang daripada tetamu pula berkata kepada Brentwood Weekly News: “Terdapat kesan darah di lantai di luar gereja. Apabila saya masuk ke dalam kelihatannya seperti seseorang dibunuh. Terdapat darah di mana-mana.” - Agensi
myMetro
No comments:
Post a Comment