Suhaimi
Saad berjaya menewaskan pencabarnya Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin
Hasan (gambar) dalam perebutan jawatan Naib Yang di-Pertua Indera
Mahkota pada pertengahan bulan ini.
Menurut laporan Astro Awani, Nasrudin yang memperoleh 60 undi di
peringkat kawasan itu tewas kepada Suhaimi yang memperoleh lebih
daripada 100 undi namun pendedahan ini tidak disahkan beliau yang masih
belum mengetahui jumlah sebenar undi tersebut.
“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas perkara ini kerana isu pemilihan PAS masih menjadi perbualan hangat.
“Kekalahan Nasrudin dalam pemilihan di peringkat kawasan kali bukanlah
kerana unsur sabotaj tetapi pewakilan mahu Ahli Parlimen Temerloh itu
lebih menyerlah di peringkat pemilihan PAS pusat,” kata Suhaimi ketika
dihubungi The Malaysian Insider.
Sementara itu, seorang penganalisis politik yang tidak mahu namanya
didedahkan lega apabila dimaklumkan kekalahan Nasrudin di peringkat
kawasan itu.
Katanya, kekalahan Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu
adalah akibat sikap keras kepala dan tidak boleh ditegur pemimpin
berkenaan.
“Saya setuju dengan kekalahannya. Ini membuktikan golongan profesional
mempunyai peluang yang luas untuk memenangi pemilihan PAS di peringkat
pusat.
“Ini pengajaran buat beliau dalam arena politik. Kena sekalu
bersederhana. Jangan anggap lebai, baik dan syumul tidak boleh ditegur.
“Ulama’ bukan maksum dan mereka perlu berdepan realiti,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Menjelang Muktamar ke-59, PAS akan mengeluarkan satu garis panduan
untuk digunakan oleh pemimpin dan ahli parti itu bagi memastikan proses
pemilihan parti berjalan dengan lancar.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengatakan baru-baru ini garis
panduan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik parti bertujuan
memandu ahli dan pimpinan parti bagi memastikan pemilihan berjalan
lancar.
Garis panduan ini dibuat ketika ahli dan pemimpin PAS di seluruh negara
sibuk bermesyuarat di peringkat kawasan masing-masing menjelang
Muktamar PAS ke 59 pada 22-24 November depan di Shah Alam.
PAS dikatakan bimbang, tanpa garis panduan yang jelas, pihak tertentu akan menyusahkan mereka dalam kempen mereka.
Mahfuz berkata berkempen tidak salah tetapi menyerang calon lain ketika kempen adalah tidak beretika.
Beliau melihat media baru digunakan untuk menyerang pihak yang tidak
senangi dan menghasilkan persepsi tidak baik di kalangan ahli dan
pemerhati luar.
Menurutnya lagi, PAS akan membuat garis panduan bagi membantu semua
calon yang ingin bertanding serta penyokong masing-masing supaya kempen
mereka tidak menyusahkan dan memberikan imej buruk kepada parti.
Selain di peringkat pusat, ia juga akan membantu mesyuarat PAS di
peringkat kawasan yang sedang berjalan sekarang. – 26 September, 2013.The Malaysian Insider
YES...hanya jauhari yang mengenal maknikam...perwakilan lebih arif...
ReplyDelete