Ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau gembira dengan
cabaran yang bakal diterimanya dalam pemilihan parti itu pada Oktober.
"Saya gembira bila adanya cabaran itu. Ia adalah pertandingan terbuka,
saya mengalukan-alukan," katanya kepada media selepas program Lawatan
dan Sesi Dialog Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
bersama para pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.
Ini merupakan reaksi pertama beliau selepas pengumuman anak kepada
bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akhramsyah Sanusi
Akhramsyah Muammar Ubaidah yang menyatakan akan mencabar Khairy bagi
jawatan Ketua Pemuda Umno pada Oktober ini.
Akhramsyah merupakan ahli Umno cawangan Bendang Baru di Langkawi,
Kedah. Beliau merupakan graduan mekanikal berumur 39 tahun. Hasratnya
mencabar Khairy ditulis dalam blog peribadinya
'thoughtsintangents.blogspot.com'.
Dalam blognya, Akhramsyah berkata beliau memutuskan untuk menawarkan
diri untuk jawatan itu kerana ingin mengembalikan kegemilangan
Pergerakan Pemuda Umno, terutamanya dalam perjuangan melaksanakan agenda
Melayu.
"Agenda Pemuda Umno pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi
membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya dan warga muda Umno
khususnya," katanya.
Khairy, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi
yang juga ahli Parlimen Rembau, mengumumkan akan mempertahankan jawatan
itu.
Pada pemilihan parti 2009, Khairy menang selepas mendapat 304 undi
dalam pertandingan tiga penjuru melawan Datuk Mukhriz Mahathir (254
undi) dan bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo (232 undi). – 17
September, 2013.
No comments:
Post a Comment