Monday, September 9, 2013

Kisah benar untuk renungan orang Melayu

Ambil iktibar utk semua orang terutama orang melayu dlm membantu menjayakan usahawan terutama usahawan melayu di malaysia.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary: Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu....
Kisah 1:Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?
Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2:Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?
Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3:Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu .
Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?
Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….

1 comment:

  1. Yang hang pi bubuh gambar Syed Mokhtar tu buat apa??? Awat Syed Mokhtar saja ka Melayu. Hang pi tanya mak dia (masih hidup lagi) samada dia Melayu atau apa. Dulu anak kawan aku kerja sebagai Pembantu kepada ibu Syed Mokhtar. Masa budak tu mohon nak berhenti kerja, ibu Syed Mokhtar berkata" Hang nak pi kerja dengan Melayu???"

    Did you see that even his mother did not consider themselves Malay. They are Pathan!!!

    Anyway, this is not about Malay or Pathan.... I just don't like this figure who has been given all kind of privileges and supports as if he is the only capable Malay!

    ReplyDelete