Tuesday, September 24, 2013

Lelaki hukum tikus makan wang gajinya

24 Sep 2013 myMetro
Ramallah: Seorang lelaki Palestin membalas dendam terhadap seekor tikus yang memakan wang gajinya dengan mengikat empat kaki haiwan itu dan memuat turun imej berkenaan dalam laman Facebook.

Menurut sumber, lelaki yang berasal dari Hebron di Tebing Barat tetapi kini tinggal di Gaza itu mengikat tikus berkenaan dengan tali selepas haiwan berkenaan menyelinap masuk ke dalam almari pakaiannya dan memakan tiga not wang berjumlah ILS200 Shekel (RM181), gaji yang diterimanya. “Lelaki itu mendakwa dia baru mendapat gaji mingguan dan ingin menyimpan wang berkenaan.

“Perbuatannya itu dilakukan ketika keadaan ekonomi di Gaza dan Tebing Barat, Palestin kian meruncing,” kata sumber berkenaan. Pihak pentadbiran Palestin (PNA) menangguhkan pemberian gaji penjawat awam di Tebing Barat selama beberapa bulan kerana kekurangan dana akibat tindakan kerajaan Israel menyekat dana rakyat Palestin. - Agensi

No comments:

Post a Comment